“Tak Berapa Gembira Sangat” - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 12:42 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah diluluskan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS)  pada Khamis, tetapi ia sedikit tidak menggembirakan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, penggunaan akronim Bersatu seperti dalam permohonan asal parti itu sepatutnya tidak menjadi masalah.

“Tak berapa gembira sangat sebab seperti yang kita tahu, dari hari pertama kita hantar permohonan kita mempunyai cadangan kita sendiri dalam perlembagaan mengenai akronim Bersatu  yang sangat ‘catchy’, saya fikir ia menarik perhatian ramai.

“Tapi entah bagaimana, bila RoS buat pemerhatian, kita tak boleh menggunakannya (Bersatu),” katanya kepada pemberita selepas hadir ke pejabat RoS di sini, Jumaat.

Bersamanya adalah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa ahli jawatankuasa penaja termasuk bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Muhyiddin berkata, RoS dan PPBM mempunyai penjelasan masing-masing mengenai perkara itu, tetapi parti telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pertikaian tentangnya dan mematuhi peraturan dan nasihat RoS.

“Mereka pertikaikannya kerana banyak parti lain juga mempunyai ‘Bersatu’. Tapi penjelasan kita adalah mereka (parti lain) mungkin ada Bersatu dalam nama tapi  tidak panggil diri mereka Bersatu, patutnya tak jadi masalah.

“Tapi kita tak mahu pertikaikan itu, terutama dengan nasihat Tun Dr Mahathir bahawa kelulusan perlu diperolehi  jadi kita akan patuh apa saja yang dinasihatkan RoS,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai parti itu yang telah disahkan penubuhannya secara rasmi, Muhyiddin berkata, PPBM akan dimantapkan kedudukannya terutama dari segi keahlian.

Katanya, beliau tidak menetapkan sasaran keahlian dalam tempoh tertentu, tetapi mengharapkan keahlian dalam jumlah yang agak besar.

“Kalau ikut apa yang kita telah tinjau dan rakan-rakan lain pun sudah dapat maklum balas dari bawah, mereka menunggu-nunggu.

“Kita tak tentukan sasaran, tapi kita harap sejumlah yang agak besar daripada kalangan rakyat msia yang sebahagiannya berada dalam parti-parti politik dan nak berpindah atau berhijrah, yang kedua mereka yang tak berada dalam mana-mana parti yang mahu bersama dalam PPBM,” katanya.

Muhyiddin berkata, borang pendaftaran keahlian akan dicetak secepat mungkin, begitu juga pendaftaran keahlian secara dalam talian.

Katanya, beliau akan memastikan tiada satu kawasan pun di seluruh negara akan ‘tertinggal’ daripada mendapat peluang mendaftar untuk bersama PPBM.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , Dr Mahathir Mohamad , PPBM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan