Solat Aidiladha Di Seluruh Selangor 8.30 Pagi Isnin

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 9:54 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM:  Solat Sunat Aidiladha di semua masjid dan surau di Selangor ditetapkan pada 8.30 pagi Isnin ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Haris Kasim dalam kenyataan di sini berkata penyelarasan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan kepada jemaah selain menyeragamkan waktu solat sunat berkenaan di semua masjid dan surau di Selangor.

"Selain itu, ia juga diharap dapat memberi ruang dan masa yang cukup bagi jemaah untuk hadir ke masjid," katanya.

Umat Islam seluruh negara akan meraikan Aidiladha pada Isnin ini (12 September).

Tags / Kata Kunci: Solat Aidiladha

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan