LDP Mahu Hew Diharamkan Masuk Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 7:30 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah tidak mengalukan-alukan kedatangan bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau yang sering mencetuskan kontroversi dengan menyebarkan fahaman politik berbaur kebencian.

Ketua Pemuda LDP, Tsang Hieng Yee berkata, Hew yang lebih dikenali sebagai ‘Superman’, dijadualkan untuk menyampaikan sebuah ceramah pada Hari Malaysia pada 16 September yang dianjurkan oleh DAP.

Tsang yang menggesa penduduk di Sandakan agar tidak menghadiri ceramah itu, berkata, Hew terkenal dengan sikap buruk kerana menggunakan kata-kata kesat dalam ceramahnya dan gemar mencetuskan sentimen kebencian.

“Cara Hew menghina dan menyemai sentimen kebencian terhadap kerajaan dengan menggunakan kata-kata kesat akan menjejaskan budaya tempatan dan pastinya tidak elok buat penduduk Sandakan, terutamanya generasi muda.

"Malah cara beliau tidak sesuai diamalkan dalam negara yang memiliki pelbagai kaum seperti di Malaysia, apatah lagi di negeri Sabah.

"Kami tidak mengalu-alukan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali ke Sabah dan begitu juga dengan Hew kerana negeri ini tidak memerlukan penyebar fahaman kebencian," katanya.

Beliau meminta kerajaan Sabah agar mengharamkan kedatangan Hew ke Sabah.

Tsang juga mempersoalkan hubungan antara DAP dan Hew selepas beliau keluar daripada parti tersebut selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi dalam Facebook dengan menggesa semua pihak tidak mempertikaikan tuntutan China ke atas Laut China Selatan.

“Saya masih tidak faham motif Hew datang ke Sabah pada Hari Malaysia untuk memberi ceramah yang dianjurkan DAP," soalnya.

Gelaran ‘Superman’ diberikan kepada Hew kerana beliau sering mengenakan pakaian yang mempunyai logo superhero itu.

Tags / Kata Kunci: DAP , LDP , Sabah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan