Perkhidmatan LRT Kelana Jaya Terganggu Seketika - Berita Semasa | mStar

Perkhidmatan LRT Kelana Jaya Terganggu Seketika

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 10:13 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perkhidmatan LRT RapidKL terganggu sekali lagi pada Jumaat bagi laluan Kelana Jaya susulan hujan lebat pada pagi Jumaat.

Pada pukul 7 pagi Jumaat, RapidKL menerusi akaun Twitter berkata, perkhidmatan train mereka mengalami "masalah teknikal" yang sedang diperbetulkan.

Sejam kemudian mereka memaklumkan bahawa perkhidmatan telah disambung semula seperti biasa di Kelana Jaya.

Walau bagaimanapun, beberapa penumpang masih dilaporkan terkandas di beberapa stesen akibat kesesakan.

Train juga dikatakan berhenti untuk tempoh yang lebih lama di setiap stesen hingga menyebabkan kelewatan.

Tags / Kata Kunci: RapidKL , LRT
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan