Norashikin Kini Tengku Permaisuri Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik isteri baginda, Norashikin Abdul Rahman sebagai Tengku Permaisuri Selangor berkuat kuasa semalam.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Beliau berkata baginda juga berkenaan mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Norashikin yang membawa gelaran Datin Paduka Seri.

Sultan Sharafuddin setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada semalam telah berkenan mengurniakan darjah kebesaran itu kepada Tengku Permaisuri Selangor.

Baginda telah diijab kabul dengan Tengku Permaisuri Norashikin oleh Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos lepas di Masjid Istana DiRaja, Istana Alam Shah, Klang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan