Malaysia-Thailand Setuju Mulakan Kajian HSR KL-Bangkok

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 9:59 PM

Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Prayut Chan-O-Cha selepas menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara Malaysia dan Thailand sempena Rundingan Tahunan Malaysia Thailand ke-6 di Rumah Kerajaan Bangkok, Jumaat.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

BANGKOK: Malaysia dan Thailand bersetuju memulakan kajian mengenai kemungkinan memperkenalkan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) di antara Kuala Lumpur dan Bangkok, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Perdana Menteri berkata persetujuan kedua-dua negara untuk memulakan kajian mengenai HSR adalah selaras dengan Pelan Induk Kesaling hubungan Asean.

"Kita (Malaysia dan Thailand) bersetuju menggerakkan usaha bagi kemungkinan mengadakan perkhidmatan HSR di antara Kuala Lumpur dan Bangkok untuk melengkapkan cadangan HSR di antara Kuala Lumpur dan Singapura.

"Kita percaya kesalinghubungan akan mengukuhkan lagi ekonomi negara dan hubungan rakyat dengan rakyat di antara Malaysia dan Thailand," kata beliau.

Najib berkata demikian pada sidang media bersama-sama Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha selepas berakhirnya rundingan tahunan Malaysia dan Thailand di Rumah Kerajaan di sini.

Projek HSR di antara Kuala Lumpur dan Singapura, yang dijangka memendekkanwaktu perjalanan kepada 90 minit, dijangka bermula tahun depan.

Najib berkata beliau dan Prayut juga bersetuju untuk berusaha gigih bagimencapai sasaran meningkatkan perdagangan dua hala di antara Malaysia dan Thailand kepada US$30 bilion pada 2018. Pada masa ini, jumlah perdagangan dua hala di antara kedua-dua negaramencecah US$22 bilion dengan Thailand kekal sebagai rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia dalam Asean.

Menurutnya mereka turut bersetuju untuk mempercepat pembinaan jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok dan jambatan Pengkalan Kubor-Takbai kepada pertengahan tahun depan berbanding pada 2018.

Najib berkata mereka juga bersetuju untuk menaik taraf perluasan kompleks kastam Sadao-Bukit Kayu Hitam bagi memudahkan lagi perdagangan sempadan di antara kedua-dua negara.

Selain itu, katanya Malaysia akan mengekalkan Thailand sebagai satu daripada sumber utama beras import dengan 40 peratus daripada sejuta tan metrik beras import adalah dari Thailand.

Najib berkata kajian akan dibuat untuk melihat kemungkinan menggunakan laluan darat bagi beras import dari Thailand, tetapi ia tidak haruslah menimbulkan masalah penyeludupan.

Beliau berkata Prayut juga mencadangkan pihak berkuasa pelancongan kedua-dua negara supaya bekerjasama mempromosikan pelancongan bersama.

Sementara itu, Najib berkata rundingan kali ini berjaya mencapai hasil yang memanfaatkan tetapi ia perlu disusuli dengan perbincangan lanjut bagi menyediakan langkah-langkah pelaksanaan berkesan.-Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan