LRT Tergendala: Tiong Lai minta RapidKL Beri Penjelasan

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta RapidKL memberi penjelasan berhubung masalah yang dihadapi Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) pada Jumaat, insiden kedua yang berlaku dalam tempoh seminggu.

Menerusi satu kenyataan dalam akaun Twitter, beliau meluahkan rasa bimbang terhadap kekerapan gangguan perkhidmatan dialami oleh perkhidmatan awam itu sehingga menyebabkan ramai pengguna terkandas.

“@MyRapidKL perlu menjelaskan punca gangguan LRT pada pagi ini (Jumaat). (Saya) berasa bimbang dengan insiden sedemikian. Dua kali gangguan dalam tempoh seminggu merupakan perkara membimbangkan,” kata beliau.

Dalam kejadian terbaharu, perkhidmatan LRT  di laluan Kelana Jawa tergendala seketika ekoran bekalan elektrik terputusan antara stesen Setiawangsa dan KLCC.

Insiden tersebut menyebabkan penumpang yang terkandas terpaksa berjalan kaki di atas landasan menuju ke stesen berdekatan iaitu stesen LRT Keramat dan Damai.

Beberapa foto yang tersebar di laman sosial menunjukkan ramai penumpang sambil memegang payung akibat hujan, meniti landasan tersebut walaupun tindakan itu mengundang bahaya.

RapidKL mengesahkan foto kejadian tersebut melalui akaun Twitter, @MyRapidKL.

Pada awal pagi Rabu lalu, insiden sama berlaku apabila bekalan elektrik terputus di laluan Kelana Jaya menyebabkan ribuan pengguna terkandas selama beberapa jam terutamanya di stesen Masjid Jamek.

Tags / Kata Kunci: LRT , Liow Tiong Lai , RapidKL

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan