KDN Haram 4 Buku Seleweng Akidah

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenakan perintah larangan terhadap empat buah buku kerana mengandungi unsur-unsur bercanggah dengan ajaran dan akidah Islam yang sebenar serta fakta tidak benar mengenai institusi keselamatan negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata buku terbabit adalah "Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahib", "Malaysia And The Club Of Doom: The Collapse Of The Islamic Countries", "Torture In Malaysia Prisons: Who You Didn't Know And Need To Know To Act" dan "The Qoran: A Very Short Introduction".

Keempat-empat penerbitan itu dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, menggemparkan fikiran orang ramai, memudaratkan kepentingan awam, berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan memudaratkan kepentingan negara, katanya.

Tiga daripada buku-buku tersebut mengandungi unsur mengelirukan yang boleh menimbulkan salah faham mengenai pelaksanaan dan amalan agama Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di negara ini, manakala sebuah lagi buku jika dibiarkan boleh mengelirukan pandangan orang ramai terhadap institusi keselamatan negara, katanya.

"Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana pihak mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bahan yang dikenakan perintah larangan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Alwi berkata berdasarkan Seksyen 8(2) akta berkenaan, mereka yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KDN , Buku. Islam

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan