Hishammuddin Bincang Isu Daesh, Laut China Selatan Bersama Fallon

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 8:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ancaman oleh kumpulan Daesh dan isu Laut China Selatan ialah antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat antara Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya dari Britain Michael Fallon di London.

Pertemuan berlangsung sempena lawatan kerja Hishammuddin ke ibu negara Britain itu untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Pertahanan Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

"Fallon dan Saya mengulangi komitmen kami kepada Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan pentingnya untuk meningkatkan kerjasama dan keselamatan serantau terutama menjelang Eksasais BERSAMA LIMA yang akan diadakan pada Oktober tahun ini," kata beliau.

Hishammuddin juga diperkenalkan dengan Menteri bagi Perolehan Pertahanan United Kingdom (UK) yang baharu, Harriett Baldwin.

"Malaysia menghargai hubungan pertahanhan yang mesra dan rapat dengan UK, baik secara dua hala mahupun melalui Peraturan Pertahanan Lima Negara," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya Jumaat.

FPDA yang ditubuhkan pada 1971 dianggotai oleh Malaysia, Singapura, UK, Australia dan New Zealand.  Mengenai mesyuarat pasukan pengaman PBB, Hishammuddin berkata ia memberi peluang bagi mereka yang secara kolektif bertanggungjawab bagi sumber-sumber yang dijanjikan kepada PBB untuk tampil bersama dan memastikan langkah susulanyang berterusan ke Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Pasukan Pengaman pada September lalu.  

"Semasa sesi, saya melahirkan sokongan Malaysia ke arah memanfaatkan semuaikrar yang dibuat oleh negara anggota untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh Operasi Pengaman PBB. "Bagi pihak Malaysia, saya mengulangi ikrar yang dibuat oleh Perdana Menteri kami Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang kemuncak itu," katanya. 

Ia termasuk penugasan 280 pegawai polis dan kakitangan untuk dikerah sebagai dua pasukan Unit Polis Lengkap; 100 anggota polis dan kakitangan untuk dikerahkan sebagai Pegawai Polis Individu dan sebagai sebahagian daripada Poli sPBB; satu Kumpulan Tempur Batalion Infantri untuk dikerahkan dengan segera; dan satu trup jurutera tempur.

Malaysia juga telah menjanjikan langkah-langkah pembinaan kapasiti melalui latihan di Pusat Latihan Pengaman Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Setakat ini, pusat itu telah mengendalikan lebih 95 siri kursus untuk lebih 2,600 peserta tempatan dan antarabangsa dari 52 negara.

Malaysia telah menyertai 35 Misi Pengaman PBB dengan pengerahan lebih 29,000 anggota tentera dan polis. 

"Pada masa ini, anggota pengaman kami menyertai enam misi -- di Sahara Barat, Republik Demokratik Congo, Lebanon, Liberia, dan Abyei & Darfur di Sudan," kata beliau.

Menteri-Menteri Pertahanan itu menerima pakai Pernyataan London: Menteri Pertahanan Pasukan Pengaman PBB, kenyataan rasmi bersama yang menekankan
bagaimana penugasan misi pengaman ialah demi kepentingan keselamatan semua negara dan satu daripada contoh perkongsian efektif dan unik dalam konteks keupayaannya memanfaatkan kekuatan banyak negara.

Pernyataan itu juga menggesa bagi penambah baikan dalam tiga bidang utamaiaitu perancangan, ikrar dan prestasi. Lebih 75 menteri pertahanan dan wakil menghadiri mesyuarat di London itu. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan