Gugur Janin Belum Jatuh Fatwa

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pandangan beberapa orang mufti bahawa wanita hamil yang dijangkiti virus zika dibolehkan menggugurkan janin yang belum mencapai usia 120 hari, adalah pandangan bersifat individu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata perkara itu harus dibincangkan di peringkat jawatankuasa fatwa negeri-negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia terlebih dahulu sebelum difatwakan.

"Ada pandangan yang telah disuarakan dan selagi pandangan itu belum bersifat fatwa kita tunggulah sehingga muzakarah membincangkan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Mahkamah Syariah di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dilaporkan sebagai berkata bahawa tindakan menggugurkan janin boleh diambil jika janin yang kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya.

Pandangan itu turut dipersetujui Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad yang berpendapat pengguguran janin adalah harus jika risikonya disahkan oleh pakar perubatan dan dengan persetujuan ibu dan bapa.

Susulan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan pandangan mufti tersebut bagi mencapai kata sepakat berhubung hukum menggugurkan janin bagi ibu dijangkiti virus Zika.

Mengenai MoU itu, Asyraf Wajdi berkata kerjasama itu melibatkan skop latihan, kajian dan penyelidikan dalam bidang perundangan serta kemudahan bagi menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran bagi kakitangan JKSM.

"Ini merupakan kerjasama mustahak dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan meneruskan agenda memartabatkan sistem kehakiman syariah negara," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Gugur Janin , Zika , Fatwa

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan