Ancaman Daesh Bukan Manipulasi, Publisiti Atau Rekaan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 8:37 PM

Ahmad Zahid Hamidi meninjau keadaan lembu selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha 1437H kawasan Parlimen Bagan Datoh di Dewan Orang Ramai Sungai Sumun pada Jumaat. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia bukanlah suatu manipulasi, publisiti atau sengaja diada-adakan.

"Saya ingin memberitahu rakyat bahawa ancaman Daesh ini memang benar,"katanya di sini.

Justeru itu, beliau menasihati mereka supaya sentiasa berwaspada semasaberada di tempat terbuka seperti pusat hiburan, rumah ibadat bukan beragama Islam dan tempat yang menarik kunjungan ramai.

Katanya kerajaan menerusi pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga bagimemastikan kawalan keselamatan negara terjamin.    

"PDRM (Polis DiRaja Malaysia) melalui Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas sentiasa melakukan pemantauan pelbagai kaedah termasuk melalui media sosial bagi membendung pengaruh ancaman Daesh di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan 130 ekor lembu korban sempena Aidiladha untuk diagihkan kepada masjid, surau serta agensi kerajaan dalam Bagan Datoh.

Selain Ahmad Zahid, lembu berkenaan juga disumbangkan oleh beberapa syarikat antaranya HeiTech Padu Berhad, Naza Group dan MyEG Services Berhad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rungkup dan Pegawai Daerah Bagan Datoh Datuk Hamzah Hussin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas laporan sebuah akhbar pada Jumaat mengenai tindakan ketua militan Malaysia yang berpangkalan di Syria, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, yang lantang mengulangi ancaman untuk terus menimbulkan kekacauan di negara ini.

"Kita tahu ada dalam kalangan pengikut (Daesh) di Malaysia mahu mengambil tindakan sebagaimana yang diarahkan bagi menunjukkan tentang Katibah Nusantara, yang kononnya sebuah kerajaan Islam di nusantara meliputi Malaysia, Indonesia, Selatan Thai, Selatan Filipina dan mungkinjuga Singapura dan Brunei.

"Atas kebersamaan pasukan keselamatan sama ada polis atau tentera diseluruh negara Asean, kita sentiasa berkongsi maklumat tentang apa yang Wanndy lakukan...kita tahu arahan yang dikeluarkan Wanndy adalah arahan untuk memperlihat barisan kepimpinan atasan Daesh di Syria dan Iraq," katanya.

Menurutnya tindakan seperti pengeboman terbuka adalah bagi menentukan Wanndyberada di tahap pemimpin Daesh, yang menyumbangkan keganasan dan ancaman serta perlakuan di nusantara ini.

Ahmad Zahid juga berkata rakyat negara ini yang menyertai kumpulan militan tidak mempunyai latar belakang agama atau pendidikan yang kukuh.

"Mereka ni orang yang kecewa terhadap sesuatu yang mereka sahaja ketahui. Jadi, kekecewaan itu diterjemahkan dengan memperlihat eskapisme," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Daesh , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan