Lebih 1,000 Warga Indonesia Pulang Beraya Guna Terminal Feri Hutan Melintang

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 6:00 PM

Antara perantau warga Indonesia yang menaiki feri untuk pulang ke Medan sempena cuti Hari Raya Haji di Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang, Khamis.
Feri akan mengambil masa sekitar 7 hingga 8 jam untuk sampai ke Jeti Tanjung Balai Asahan di Sumatera.

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Dianggarkan lebih 1,000 perantau warga Indonesia pulang ke kampung halaman masing-masing sejak awal minggu ini, bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, dengan menggunakan Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang di sini.

Pemangku Ketua Pegawai Keselamatan Terminal berkenaan, Zairul Nizam Hashim berkata pihaknya menjangkakan terminal itu akan sesak Sabtu ini, dengan kehadiran warga Indonesia pulang ke kampung halaman menaiki feri dan turun di Jeti Tanjung Balai Asahan, Sumatera.

"Lazimnya mereka pulang pada saat akhir. Malah, Sabtu ini merupakan hari terakhir kita beroperasi dan terminal itu akan kembali beroperasi beberapa hari selepas Aidiladha.

"Pada hari ini, hampir 200 penumpang berdaftar untuk pulang," katanya kepada Bernama di terminal feri itu, Khamis.

Terminal itu beroperasi setiap Selasa, Khamis dan Sabtu bagi perjalanan ke Jeti Tanjung Balai Asahan, manakala Isnin, Rabu dan Jumaat adalah bagi feri penumpang masuk ke Terminal Feri Antarabangsa Hutan Melintang.

Namun, katanya penumpang di terminal feri itu menjelang perayaan Aidiladha tidaklah terlalu sesak sepertimana Hari Raya Aidilfitri sehingga memaksa pihak terminal menyediakan dua perjalanan feri yang boleh membawa 600 penumpang dalam satu hari.

Tinjauan Bernama di terminal feri berkenaan mendapati ia dipenuhi warga Indonesia yang mahu pulang awal ke kampung halaman bagi mengelak kesesakan pada saat akhir.

Walaupun perjalanan menggunakan feri lebih lama, sekitar empat hingga enam jam berbanding menggunakan pesawat, ia tetap menjadi pilihan warga Indonesia kerana tambangnya lebih murah.

Bagi Nilawati Rasimon, 46, seorang suri rumah dan baru berkahwin kira-kira empat bulan lepas dengan seorang rakyat tempatan, berkata beliau akan pulang beraya di kampungnya di Medan selama tiga minggu.

"Saya pulang sendirian ke Medan kerana mahu beraya bersama emak dan berkumpul dengan adik-beradik. Suami saya tidak dapat ikut kerana ada kerja," katanya yang dihantar suaminya Sharkoni Bon, 60, dan menetap di Klang, Selangor.

Ditanya mengapa tidak pulang menggunakan Terminal Penumpang dan Feri Antarabangsa Asa Niaga di Pelabuhan Klang, katanya, beliau lebih selesa menaiki feri di Terminal Hutan Melintang kerana tidak sesak.

"Ini kali pertama saya naik di terminal ini setelah rakan-rakan beritahu  terminal feri ini lebih selesa dan tidak sesak berbanding di Pelabuhan Klang.

Suami saya sanggup hantar dan dia kata biar jauh asalkan selesa," katanya.

Bagi Daud Pangariduan, 24, pelajar Universiti Selangor (Unisel) yang mengambil Sarjana Pendidikan dalam Pengurusan Disiplin, menyifatkan selain Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha juga waktu terbaik berkumpul bersama saudara-mara dan sahabat handai.

"Saya sering menggunakan terminal feri ini. Saya rasakan Malaysia dengan kampung saya di Tanjung Balai Asahan dekat, sebab itulah keluarga hantar saya menyambung pengajian di Malaysia," katanya yang baru setahun menyambung pengajian di negara ini.

Difahamkan tiket pergi balik ke Tanjung Balai Asahan berharga RM220 seorang, tidak termasuk caj barang dan cukai jeti.

Tinjauan juga mendapati mereka turut membawa pulang pelbagai barangan, antaranya makanan berupa milo, mee segera dan biskut serta peralatan elektrik  seperti televisyen.

Sementara itu, jurucakap Imigresen di terminal feri itu berkata sehingga kini, proses warga Indonesia pulang ke destinasi masing-masing berjalan lancar.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Hutan Melintang , Indonesia , Aidiladha

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan