Jangan Terpengaruh Vaksin Alternatif - KKM

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menawarkan vaksin homeopati sebagai alternatif kepada vaksin konvensional yang berdaftar dengan KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya pada Khamis turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan imunisasi melalui Program Imunisasi Kebangsaan daripada klinik kesihatan KKM dan klinik perubatan swasta berdaftar.

Merujuk kepada kenyataan akhbar KKM bertarikh 3 Dis 2015, beliau berkata telah dinyatakan bahawa istilah 'vaksin homeopati' adalah tidak diiktiraf oleh mana-mana badan homeopati antarabangsa. 

"Ini adalah kerana tiada kajian saintifik yang telah dijalankan berkenaan keberkesanan vaksin homeopati untuk mencegah penyakit yang tersenarai dalam jadual imunisasi kebangsaan," katanya.

Dr Noor Hisham mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas laporan Berita Harian pada Isnin, 5 Sept 2016 bertajuk 'Waspada Vaksin Palsu'; 'Tiada Kilang Hasil Vaksin Homeopati' dan 'Alternatif Ibu Bapa Antivaksin'. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Vaksin , Kementerian Kesihatan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan