Bangunan Dua Menara Tarikan Baharu Kampung Baru

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 9:34 PM

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tertarik dengan replika menara M101 SkyWheel pada majlis pecah tanah menara itu, Khamis. Turut hadir Pengasas M101 Entity Sdn Bhd Datuk Seth Yap Ting Hau (dua,kiri). Pembangunan unik itu menempatkan dua menara serba canggih setinggi 52 tingkat dan sebuah Roda Ferris di puncaknya. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangunan dua menara dengan roda Ferris tertinggi di Asia Tenggara, M101 SkyWheel bakal menjadi tarikan terkini kepada Kampung Baru, sebuah penempatan tertua di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek mega yang menelan belanja RM1.4 bilion berhampiran Jalan Raja Muda Abdul Aziz dijangka siap pada penghujung 2019 dan bakal menjadi mercu tanda baharu bagi Kampung Baru.

"Seperti menara berkembar Petronas, M101 SkyWheel mempunyai keunikan dan nilai tersendiri apabila ia menempatkan roda Ferris tertinggi di rantau ini yang juga dilengkapi gedung membeli belah di 'langit' dari tingkat 48 hingga 52.

"Ia juga akan menempatkan Hotel Planet Hollywood pertama di Asia dan di luar Amerika Syarikat, yang dijangka menarik pelawat tempatan dan asing," katanya semasa merasmikan majlis pecah tanah projek menara itu di sini Khamis.

Tengku Adnan berkata projek baharu yang dibangunkan M101 Entity Sdn Bhd itu dijangka memainkan peranan yang penting dalam menaikkan pertumbuhan ekonomi negara di dalam sektor hartanah dan pelancongan.

"M101 SkyWheel dijangka menarik sejumlah besar pelancong dari dalam dan luar negara dan ini penting kerana ia akan membantu sektor pelancongan untuk terus menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar," katanya.

Turut hadir ialah pengasas M101 Entity Sdn Bhd, Datuk Seth Yap Ting Hau dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Datuk Affendi Zahari.

Tengku Adnan berkata lokasi projek itu nanti juga mudah dikunjungi dengan pembangunan stesen transit laju massa (MRT) berhampiran.

"Pembangunan ini juga akan membuka peluang pekerjaan baharu yang sememangnya memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang akan menyaksikan peningkatan besar dalam peratusan kadar guna tenaga," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan