60,000 Khazanah Kesultanan Johor Penuhi Muzium Diraja Sultan Abu Bakar

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 11:16 AM

Antara kerja-kerja konservasi yang dijalankan untuk bahan yang akan dipamerkan di Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Johor.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Orang ramai berpeluang menyaksikan pelbagai artifak, perhiasan dan koleksi milik Kesultanan Johor sejak 1800 menjelang pembukaan semula Muzium Diraja Sultan Abu Bakar di sini.

Ia termasuk hampir 60,000 harta termasuk gambar, peralatan memburu, kulit binatang termasuk harimau dan buaya, serta lukisan di muzium dan Dewan Perhimpunan Cina yang ada di kawasan Istana Besar.

Muzium yang ditutup selama empat tahun untuk dinaik taraf pada 2011 ini, mengambil masa lebih lama daripada tempoh yang ditetapkan.

Pengarah Muzium Diraja, Datuk Paiman Keromo berkata, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar inginkan proses membaik pulih ini disiapkan menjelang akhir tahun ini sebelum dibuka.

Tambahnya, kerja penambahbaikan sudah 50 peratus selesai.

“Proses pembersihan, penyediaan dan melabelkan khazanah daripada pelbagai bentuk dan saiz sedang berlaku sebelum dipamerkannya,” jelas beliau di istana pada Rabu.

Tambahnya, antara persediaan yang dilakukan adalah memperbaiki kerosakan pada plak dan kaligrafi Cina yang berada di Dewan Perhimpunan Cina tersebut.

Harta ini merupakan hadiah yang diberikan oleh pelbagai komuniti Cina kepada sultan sejak zaman dahulu lagi.

“Kami dapat ada sedikit kerosakan pada 48 barang dan ia telah dihantar kepada pakar untuk dibentuk semula menggunakan bahan yang sama,” kata dia.

Terdapat beberapa plak yang masih dalam keadaan baik itu dihadiahkan kepada Sultan Abu Bakar pada 1875.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim berhasrat untuk menjadikan ia sebagai salah sebuah muzium terbaik di dunia, selain  berharap ia akan memberikan manfaat kepada orang awam.

Pengunjung akan kagum dengan reka bentuk bangunan yang begitu rapi dan permaidani yang mempunyai unsur lada hitam dan gambir yang dikatakan sumber ekonomi Johor pada zaman dahulu.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan