KTMB Tambah Perkhidmatan ETS Sempena Aidiladha, Cuti Sekolah - Berita Semasa | mStar

KTMB Tambah Perkhidmatan ETS Sempena Aidiladha, Cuti Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 9:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  akan menambah empat lagi perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) bagi laluan Kuala Lumpur-Butterworth-Kuala Lumpur mulai Jumaat hingga Ahad ini dan 16 hingga 18 September ini.

Perkhidmatan tambahan ini bagi menampung jangkaan warga kota pulang ke kampung sempena perayaan Aidiladha pada Isnin, sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept serta cuti sekolah bermula Sabtu ini hingga 18 Sept ini.

KTMB dalam kenyataan pada Khamis berkata empat perkhidmatan ETS sedia ada yang kini hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, akan beroperaasi setaip hari mulai esok hingga 18 September ini.

Sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 40 perkhidmatan ETS akan beroperasi setiap Isnin hingga Khamis dan 44 perkhidmatan akan beroperasi pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, menurut kenyataan itu.

"Tiket perjalanan boleh dibeli mulai hari ini dan KTMB menggalakan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan tren bagi mengelak kesesakan lalu lintas di samping menjimatkan masa dan belanja," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tambahan KTMB dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari laman sesawang www.ktmb.com.my.
Tags / Kata Kunci: ETS , KTMB , Aidiladha
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan