Perkhimatan Tren Tergendela Cetus Kemarahan Pengguna

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 1:16 PM

Pengguna tren terkandas selama beberapa jam susulan masalah teknikal yang dialami oleh perkhidmatan awam itu pada awal pagi Rabu. -

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengguna tren menyuarakan kemarahan menerusi laman sosial apabila lewat sampai ke destinasi masing-masing selama beberapa jam selepas perkhidmatan awam itu tergendala akibat terputus bekalan elektrik pada awal pagi Rabu.

Kebanyakan penumpang tidak sedar tentang kejadian itu yang berlaku pada pukul 7 pagi di laluan antara stesen Masjid Jamek dan Ampang Park.

Keadaan diburukkan lagi apabila ramai penggguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas mengambil keputusan untuk menaiki tren, sekali gus menambahkan lagi kesesakan di tempat letak kereta stesen perkhidmatan itu.

Ketika menunggu keadaan kembali pulih, penumpang meluahkan rasa tidak puas hati menerusi laman sosial terhadap kelemahan RapidKL mengendalikan kejadian itu.

Seorang daripada mangsa keadaan yang dikenali sebagai Nizam Yahya menerusi akaun Twitter dengan nama @itsNizam berkata, RapidKL sepatutnya memberitahu pengguna lebih awal tentang masalah ini dan tempoh masa yang akan diambil untuk menyelesaikannya.

Selain itu, terdapat pengguna lain meluahkan rasa tidak puas hati dengan insiden tersebut yang menyebabkan mereka lewat ke kelas.

“RapidKL tolong baiki tren ini secepat mungkin! Saya hanya mempunyai 45 minit untuk ke kelas dan kena hadir tepat pada masa,” kata seorang lagi pengguna Twitter, @YazmineDiiz.

Menerusi akaun pengguna @affryll, kelewatan tren itu secara tidak langsung menjejaskan produktiviti mereka yang kelewatan ke tempat kerja.

“Disebabkan oleh perjalanan tren tertangguh, produktiviti pekerja akan terjejas,” kata dia.

Seorang lagi pengguna Twitter, @dingdongb3ll berkata, kebiasaanya perjalanan stesen Jelatek ke KLCC hanya mengambil beberapa minit tetapi disebabkan masalah tersebut, dia terpaksa menempuh perjalanan selama  dua jam dua minit.

“Tambah 20 minit lagi saya akan tiba di Busan dari Seoul. Tempoh perjalanan yang lebih kurang sama,” jelasnya.

Sementara itu, RapidKL dalam kenyataanya berkata, bekalan elektrik telah berjaya dipulihkan secara berperingkat di laluan yang terjejas.

Pihaknya juga turut menyediakan perkhidmatan bas bagi penumpang yang terkandas untuk menghantar mereka ke destinasi masing-masing.

Tags / Kata Kunci: Tren , RapidKL , Tergendala

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan