Tiada Kes Zika Dikesan Di Pahang - Dr Noor Hisham

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 10:37 AM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA

Dr Noor Hisham Abdullah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu menafikan dakwaan kes jangkitan virus Zika terbaharu dikesan di Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini tiada kes Zika dikesan di Pahang.

"Sehingga 5 September 2016, di Malaysia terdapat dua kes Zika yang telah disahkan iaitu kes pertama di Selangor dan kes kedua diSabah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Susulan itu, Dr Noor Hisham memohon kerjasama orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat yang diperolehi dari sumber yang tidak sah..

"Untuk mengatasi masalah ini, KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri telah mewujudkan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan Zika," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, sebagai langkah pencegahan awal, KKM telah mengambil inisiatif untuk memantau mereka yang demam serta telah melawati negara-negara yang dilanda Zika.

"Setakat ini seramai 22 orang yang telah dipantau di seluruh negara kerana mengalami demam dan pernah melawat negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka ini telah menjalani ujian Zika dan disahkan bebas daripada jangkitan virus tersebut.

"Salah seorang daripada mereka adalah penuntut IPTA dari daerah Kuantan, Pahang yang tersebar di laman sosial.

"Berikutan daripada aktiviti pemantauan ini, langkah kawalan nyamuk telah diambil sebagai usaha tambahan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus menjalankan pemantauan bagi memastikan ancaman Zika dapat ditangani terutamanya mereka yang melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

"Aktiviti kawalan yang paling penting dalam mencegah Zika ialah penghapusan punca pembiakan nyamuk Aedes, dan ini adalah tanggungjawab bersama.

"Oleh kerana keadaan demam denggi yang semakin meningkat di seluruh negara, langkah kawalan ini secara tidak langsung membantu mengurangkan wabak denggi dan Zika," katanya.

Beliau berkata peranan orang ramai dan pelbagai agensi merupakan kunci kejayaan bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes supaya dapat mengekang wabak demam denggi dan jangkitan virus Zika.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan