Penyadungan Dalaman Elektrik Punca Gangguan Di Laluan LRT Kelana Jaya - TNB

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 8:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gangguan teknikal kuasa elektrik yang berlaku di landasan LRT Kelana Jaya pagi Rabu berpunca daripada penyadungan dalaman, kata Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Bekalan kuasa elektrik oleh TNB bagi landasan itu berada dalam keadaan baik. Diharap, penjelasan ini dapat menghapuskan segala salah faham yang mungkin timbul tentang gangguan bekalan kuasa itu," kata TNB dalam kenyataan, Rabu.

Awal pagi ini, beribu-ribu penumpang terkandas di beberapa stesen akibat masalah yang dialami sistem isyarat dan komunikasi, yang melambatkan perjalanan tren LRT di antara stesen Ampang Park dan Dang Wangi.

Ketua Pegawai Operasi LRT Kelana Jaya Ismail Abdullah berkata masalah itu memaksa RapidKL "menutup kuasa pada landasan" di beberapa stesen di pusat bandar raya untuk menangani keadaan yang berlaku pada kira-kira 7 pagi itu.

"Tren di laluan Kelana Jaya berulang alik di antara stesen Putra Heights dan Dang Wangi serta antara Gombak dan Ampang Park.

"Bas digunakan untuk mengangkut pengguna yang memerlukan perkhidmatan alternatif dari stesen LRT Sri Rampai ke pusat bandar raya antara KLCC dan  pusat bandar raya," kata Ismail dalam kenyataan kepada Bernama.

Perkhidmatan tren kembali seperti biasa bagi stesen arah utara dan selatan pada kira-kira 1.15 tengah hari.

Tags / Kata Kunci: gangguan LRT , LRT Kelana Jaya , TNB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan