MB Negeri Sembilan Dibenar Keluar IJN Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 3:11 PM

Mohamad Hasan.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, sejak Sabtu lepas, dibenarkan keluar pada Rabu.

Dalam satu kenyataan, Mohamad berkata ini berikutan pakar kardiologi IJN Datuk Dr Amin Arif berpuas hati terhadap tahap kesihatannya.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya semasa menjalani rawatan di IJN.

"Semoga Allah SWT jugalah yang dapat membalasnya," katanya.

Pada Sabtu lepas, Mohamad dimasukkan ke IJN selepas mengadu kurang sihat ketika merasmikan Persidangan Umno Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini.

Mohamad dilapor sebagai berkata beliau hanya mengalami pening dan bukan sakit teruk seperti yang disebarkan melalui media sosial.

Beliau berkata rasa pening itu mungkin disebabkan pengambilan ubat sakit perut yang terlalu kuat selain kekurangan rehat dan tidur. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mohamad Hasan , IJN , MB Negeri Sembilan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan