Bersih 2.0 Sasar Adakan Perhimpunan November Ini

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2016 1:03 PM

Maria Chin Abdullah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengesahkan perhimpunan besar-besaran kelimanya akan diadakan pada November ini.

Namun, ahli sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata maklumat lanjut mengenainya hanya akan didedahkan pada satu sidang media yang akan diadakan pada 14 September ini.

"Kami akan mengumumkan butiran lanjut seperti konsep, lokasi dan tarikh sebenar pada sidang media itu.

"Namun kami boleh sahkan ia akan diadakan pada November," katanya kepada The Star Online.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dilaporkan berkata dua tarikh hujung minggu pada November berkemungkinan tarikh untuk perhimpunan tersebut.

Katanya, perhimpunan itu mengetengahkan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tags / Kata Kunci: Bersih 2.0 , Maria Chin , 1MDB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan