Mozambique Tunjuk Tiga Serpihan Baharu Disyaki Milik MH370

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 7:32 AM

Joao de Abreu (kanan) menunjukkan serpihan yang ditemui di Mozambique, disyaki milik pesawat MH370. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

MAPUTO: Pihak berkuasa Mozambique pada Isnin menunjukkan tiga serpihan baharu pesawat yang terdampar di pantai, disyaki milik MH370.

Objek paling besar berbentuk tiga segi yang berwarna putih dan merah di satu bahagian dengan metalik di sebelah satu bahagian lagi.

Serpihan itu ditemui seorang pekerja hotel di perairan Inhambane, wilayah selatan Mozambiq pada bulan lalu.

Pengarah pihak berkuasa Mozambique, Joao de Abreu berkata, ia merupakan serpihan berwarna yang pertama ditemui.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata, serpihan itu mungkin "aileron, penaung, (atau) lif."

Katanya, di bahagian dalamnnya, terdapat label yang begitu mudah untuk mengenal pasti ia adalah pesawat mana.

Dua lagi serpihan adalah lebih kecil dan ditemui seorang anak lelaki kepada diplomat Kesatuan Eropah (EU) dekat sebuah resort Xai Xai di selatan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa pada minggu lepas.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dua serpihan tersebut.

Kesemua objek itu akan dihantar ke Malaysia untuk pemeriksaan.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan kesemua 239 orang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada Mac 2014. 

Australia yang mengetuai pencarian itu telah melakukan pemeriksaan ke atas lima serpihan setakat ini, yang ditemui di Mozambique, Afrika Selatan dan Mauritius, dilihat hampir pasti dari pesawat itu.

Serpihan pertama yang dikaitkan dengan MH360 merupakan sayap yang dikenali sebagai 'flaperon' sepanjang dua meter, terdampar di pulau Reunion di Lautan Hindi setahun lalu. - AFP

Tags / Kata Kunci: MH370 , Mozambique , Joao de Abreu

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan