Pertemuan Anwar-Mahathir Tiada Keikhlasan - Zahid

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 6:59 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertemuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin adalah pertemuan politik yang tiada keikhlasan.

Beliau juga melihat usaha Dr Mahathir untuk menemui Anwar yang sebelum ini merupakan seteru politiknya itu sebagai tindakan politik terdesak, semata-mata untuk meraih sokongan daripada pihak pembangkang.

"Beliau sanggup menemui seteru politik beliau. Namun perlu dilihat bahawa tindakan itu adalah tindakan politik yang terdesak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli lembaga pengarah, pengurus syarikat dan pelanggan industri kawalan keselamatan negara, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, Selasa.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno yang menggalas tugas timbalan presiden parti itu berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan Dr Mahathir dan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam di mana Anwar mempunyai kes berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri. Anwar juga dipecat daripada Umno.

Anwar kemudian dikenakan pertuduhan berkaitan rasuah dan meliwat. Beliau dihukum enam tahun penjara pada 1999 berhubung empat tuduhan rasuah.

Beliau dibebaskan pada 2 September 2004 setelah hampir enam tahun menjalani hukuman penjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan kesalahan meliwat.

Kini, bekas ketua pembangkang itu menjalani hukuman penjara lima tahun bagi satu lagi sabitan kesalahan meliwat.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan