Pertemuan Tun M-Anwar Mungkin Akibatkan Ahli PKR Keluar Parti - Nur Jazlan

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 1:42 PM

Nur Jazlan Mohamed.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, 'pertemuan bersejarah' antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menimbulkan rasa tidak puas di kalangan ahli PKR yang mungkin membawa kepada tindakan keluar parti.

Menteri Dalam Negeri itu turut menolak tanggapan bahawa 'perdamaian' yang berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin boleh memperkuatkan sokongan untuk pembangkang.

"Akhirnya, Dr Mahathir bertemu Anwar di mahkamah untuk raih sokongan PKR. Beliau lupa 20 tahun lalu ramai meninggalkan Umno kerana PKR di atas apa yang beliau lakukan terhadap Anwar.

"Pertemuan ini akan menyebabkan ahli PKR berasa tidak puas hati. Ia sebenarnya membantu Barisan Nasional dan Umno pada pilihan raya umum akan datang.

"Ia juga akan menimbulkan rasa tidak senang mereka yang boleh mengakibatkan mereka untuk meninggalkan PKR," kata Nur Jazlan pada sidang media di sini, Selasa.

Tambah Nur Jazlan, pengaruh Dr Mahathir berkurangan dan ramai belia hari ini tidak biasa dengan legasi bekas perdana menteri itu.

"Mereka (Pembangkang) telah berpecah dengan teruk. Tetapi mereka sedang mencari seseorang yang boleh menjadi 'unfier' kepada mereka... mereka nak cari Dr Mahathir," katanya. 

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan