Malaysia Perlukan Naratif Baharu Tangani Masalah Ekonomi

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 12:03 AM

Abdul Rahman (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Sepanjang Hayat (Lifetime Achievement Award) kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (tiga, kiri) pada majlis Malam Anugerah Dialog Antarabangsa Pangkor 2016 di Pusat Konvensyen Amanjaya. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia memerlukan naratif baharu mengenai pembangunan bagi benar-benar menangani pelbagai kelemahan ekonomi hari ini yang terlalu bergantung kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi mengukur pertumbuhan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, ketika rakyat Malaysia berada di landasan untuk menyertai barisan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, pelbagai isu asas seperti kos sara hidup yang tinggi, paras pendapatan yang tidak berkembang serta lonjakan harga rumah terus melanda pelbagai segmen penduduk.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi, saya kadang-kala bertanya adakah KDNK yang kukuh dapat menangani isu-isu yang disebutkan itu secukupnya.

"Jawapan saya ialah ia tidak semestinya begitu. Saya berharap ramai bersependapat dengan saya," katanya ketika berucap pada Malam Gala Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (Dialog Pangkor) 2016 di sini, Isnin malam.

Acara tiga hari yang bermula hari ini akan meneroka cabaran serta apa yang diperlukan untuk membina masyarakat berdaya tahan serta hubungan dengan masa depan yang terangkum dan mampan.

Abdul Rahman berkata, dalam usaha mencari pendekatan baharu, beliau sering menasihatkan rakan sekerja dan rakan sejawat untuk melihat merentasi sempadan mereka.

"Di Bhutan, contohnya, kerajaan mengukur kemakmuran bukan melalui KDNK, tetap melalui ukuran dikenali sebagai Kebahagiaan Negara Kasar.

"Begitu juga, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah mula menggunakan Indeks Kehidupan Lebih Baik bagi mengukur kesejahteraan rakyat dan kemajuan masyarakat," katanya.

Menteri itu berkata, selain mendapatkan pendekatan baharu yang membantu kerajaan mengukur dan memahami pertumbuhan ekonomi dan cabaran masa depan, pihak berkuasa perlu mempunyai penyelesaian yang boleh dilaksana dan pragmatik kepada semua masalah.

Penyelesaian terbabit perlu merangkumi organisasi dan tadbir urus masyarakat yang lebih baik serta pengagihan sumber serta kekayaan negara yang lebih adil, katanya.

Mengulas mengenai Dialog Pangkor, Abdul Rahman berkata, ia adalah platform yang menyatukan minda terbaik dunia yang menghasilkan idea dan penyelesaian terbaik bagi memenuhi cabaran semasa dan akan datang.

"Kita akan membuatkan generasi masa depan bangga untuk mewarisi tanggungjawab itu daripada kita. Dan saya percaya sepenuh hati yang secara bersama kita boleh membuatkan banyak perkara hebat berlaku," katanya.

Semasa Majlis Makan Malam itu, pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Muhammad Yunus dari Bangladesh dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman diberikan Anugerah Dialog Pangkor 2016 iaitu 'Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat' atas sumbangan mereka kepada masyarakat.

Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Dahlan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan