Amanah Sanggup Beri Laluan Bersatu Tanding Kerusi Majoriti Melayu

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi laluan kepada parti yang baharu ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding menentang PAS dan Umno di kerusi majoriti Melayu.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, ia akan menjadi pendirian parti itu semasa rundingan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Mereka (Bersatu) akan bertanding di kerusi majoriti Melayu dan Amanah (akan) mengambil tempat di kawasan pengundi bukan Melayu yang agak besar," katanya kepada pemberita pada sidang media di Kuala Lumpur pada Selasa.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, oleh yang demikian ahli-ahli komponen Pakatan Harapan perlu mencari jalan untuk mengukuhkan perpaduan dalam menghadapi pilihan raya.

"Bersatu tidak semestinya menyertai gabungan pembangkang," katanya.

Amanah, parti yang ditubuhkan oleh ahli-ahli yang disingkirkan daripada PAS telah bertanding menentang parti Islam itu dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini.

Bagaimanapun ia jelas memberi kelebihan kepada Umno.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan