"Saya Masih Sihat, Cuma Penat, Suara Serak" - TPM

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 9:02 AM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sedar mengenai khabar angin kononnya beliau diserang angin ahmar dan serangan jantung.

Ahmad Zahid berkata, terdapat khabar angin bahawa beliau telah diserang strok ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Padang Terap, Sabtu.

Menafikan bahawa dirinya mengalami masalah kesihatan yang serius, naib presiden Umno itu berkata beliau hanya penat dan mempunyai suara yang serak.

"Saya memaafkan pihak yang menyebarkan khabar angin itu...saya masih sihat, cuma penat dan suara serak kerana merasmikan lapan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian minggu ini.

"Saya terpaksa jumpa doktor buat pemeriksaan, bukan kerana diserang sakit jantung seperti khabar angin yang menyatakan ramai mendoakan saya cepat padam (meninggal dunia)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Subang di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini, Ahad.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail.

Ketika berucap, Ahmad Zahid turut menunjukkan teks ucapannya yang agak panjang namun beliau terpaksa meringkaskan ucapannya kerana suaranya yang serak.

Dalam ucapannya Ahmad Zahid menggesa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya merancakkan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata mereka perlu sentiasa turun padang dan membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama golongan miskin.

Menurutnya ini boleh dilakukan dengan membuka bilik gerakan yang berperanan memberi khidmat kepada masyarakat.

"Kita berharap usaha ini membolehkan kita merampas semula negeri seperti Selangor dan negeri lain daripada pembangkang," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan