Video Joget: Wan Junaidi Tak Perlu 'Bela' Apandi

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 7:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tampil membuat penjelasan berhubung klip video yang menunjukkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berjoget dengan beberapa anggota Kabinet telah mengundang 'padah'.

Peguam Hanif Khatri Abdulla berkata, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu perlu terlebih dahulu memahami etika, tatasusila dan peranan seseorang peguam negara sebelum memberi kenyataan bagi pihak Mohamed Apandi.

"Dengan penuh hormat, saya sanggup memberi nasihat percuma kepada Wan Junaidi untuk mempelajari konsep, peranan dan tanggungjawab seseorang peguam negara sebelum cuba mengelirukan rakyat Malaysia kononnya isu yang dibangkitkan itu tidak penting dan tidak sesuai.

"Wan Junaidi tidak perlu membantu menjawab bagi pihak peguam negara. Sesungguhnya saya percaya peguam negara sepatutnya boleh menjawab bagi pihaknya sendiri," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Wan Junaidi yang juga dilihat berjoget dalam video berkenaan dilaporkan berkata, beliau tidak ingat sama ada Mohamed Apandi ada bersamanya ketika itu.

Mengulas mengenai kenyataan Wan Junaidi itu, Hanif yang juga peguam kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isu pokok yang dibangkitkan sebelum ini tiada kaitan dengan tingkah laku menteri Kabinet.

"Kalau beliau tidak ingat sama ada peguam negara turut sama menari dengan menteri-menteri, maka beliau sepatutnya tidak perlu komen berhubung kenyataan yang tidak membabitkan tingkah-laku beliau mahupun menteri-menteri lain.

"Isu sebenar yang penting ialah berhubung etika, tatasusila dan peranan peguam negara dan bukannya menteri," katanya.

Sebelum ini, Hanif mencabar Mohamed Apandi meletak jawatan jika tidak dapat memberi penjelasan munasabah terhadap tindakannya menari bersama beberapa menteri di khalayak ramai.

Hanif yang memuat naik rakaman video selama 26 saat itu ke Facebooknya berkata, Mohamed Apandi tidak wajar bertindak sedemikian di khalayak ramai.

Dalam rakaman video itu, seorang lelaki yang menyerupai Mohamed Apandi dilihat menari bersama beberapa menteri, termasuk Wan Junaidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri ketika sambutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan