Tiada Unsur Rasuah Dalam Pendrive - SPRM

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 2:00 PM

Khairy menunjukkan pemacu pena sebelum diserahkan kepada SPRM Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah selesai meneliti kandungan pemacu pena (pendrive) yang diserahkan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaat lalu.

Menurut kenyataan SPRM pada Isnin, hasil penelitian terhadap isi kandungan pendrive itu didapati ianya tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

"SPRM akan menghantar satu laporan mengenai siasatan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam tempoh terdekat ini bagi proses penambahbaikan dan tindakan persatuan itu khususnya mengenai isu-isu teknuikal yang telah dibangkitkan," jelas Pengarah SPRM, Datuk Azam Baki dalam kenyataan tersebut.

Pada Jumaat lalu, Khairy menyerahkan pemacu pena dan senaskah salinan kandungan laporan setebal 279 muka surat kepada pengarah  SPRM untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Khairy berkata, pendrive serta naskah yang diserahkan itu merupakan bahan asal sepertimana yang diterimanya daripada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lepas.

Tags / Kata Kunci: Pemacu pena , FAM , khairy , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan