Kes Penyamaran Buat Orang Ramai Berhati-hati Beri Maklumat

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Beberapa kes penyamaran yang berlaku ketika ini telah membuatkan orang ramai berhati-hati memberi maklumat diperlukan kerajaan.

Ini menyukarkan proses pengumpulan data dalam Penyiasatan Pendapatan, Kemudahan Asas dan Perbelanjaan Isi Rumah 2016 yang sedang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia di seluruh negara.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Abdul Rahman Hasan berkata: "Kami faham masyarakat hari ini lebih berhati-hati dan mementingkan keselamatan serta privasi masing-masing berikutan pelbagai kes jenayah penyamaran.

"Justeru kami telah menetapkan standard tertentu kepada pegawai kami  termasuk menunjukkan kad kuasa ketika memperkenalkan diri kepada masyarakat," katanya.

Dengan ini, orang ramai diharap akan bekerjasama dengan jabatannya, kata Abdul Rahman kepada pemberita selepas melancarkan Sesi Interaktif Bersama Komuniti: Penyiasatan Pendapatan, Kemudahan Asas dan Perbelanjaan Isi Rumah 2016, di sini, Isnin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Kelantan Shafizaermawaty Shafie.

Abdul Rahman berkata penyiasatan tersebut yang bermula Mei lepas sehingga April 2017 membabitkan 85,400 kediaman seluruh negara, termasuk 5,200 isi rumah di Kelantan.

Katanya jabatan telah melantik dan melatih 1,500 pegawai sambilan di seluruh negara terutama lepasan pengajian tinggi untuk tujuan tersebut.

"Keberhasilan yang disasarkan dalam penyiasatan tahun ini adalah untuk meningkatkan taraf pendapatan isi rumah yang berpendapatan 40 peratus terendah (B40) ke arah kelas menengah selaras dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan pendapatan bulanan purata isi rumah B40 daripada RM2,537 (2014) kepada RM5,270 pada tahun 2020," katanya.

Beliau berkata jurang pendapatan rakyat Malaysia turut diberi perhatian dengan menyasarkan pengurangan 'pekali Gini' (ukuran penyerakan statistik) daripada 0.401 pada tahun 2014 kepada 0.385 pada tahun 2020.

Abdul Rahman menegaskan orang awam tidak perlu risau kerana maklumat yang dipungut dijamin kerahsiaannya sebagaimana termaktub dalam Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989).-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan