Selesai Masalah Eaglexpress Sebelum Beri Lesen, Kata Nufam Kepada Mavcom

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) memperbaharui semula Permit Perkhidmatan Udara (ASP) milik syarikat penerbangan Eaglexpress sehari selepas tempohnya tamat pada 31 Ogos lalu.

Menurut laman web Mavcom, Eaglexpress diberi ASP untuk tempoh setahun berkuat kuasa 1 September lalu. Bagaimanapun, status sama ada permit itu kekal atau sebaliknya akan diputuskan sebelum atau pada 30 November ini, tertakluk kepada syarat yang dipatuhi syarikat berkenaan.

Bagi pembaharuan ASP, pemohon dikehendaki mengemukakan laporan operasi dan kewangan secara berkala kepada Mavcom sebagai sebahagian daripada syarat lesen.

Antara kriteria yang dinilai Mavcom ialah pengalaman dan kecekapan pasukan pengurusan syarikat, serta daya tahan kewangan perniagaan.

Pengeluaran ASP kepada Eaglexpress mengejutkan Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) sambil mempersoalkan tindakan Mavcom begitu mudah memberikan lesen tanpa mengambil kira isu berkaitan dengan masalah kewangan dan tunggakan gaji pekerja syarikat itu yang masih belum selesai sehingga kini.

Pengumuman di laman web Mavcom mengenai pemberian ASP kepada Eaglexpress, berkuat kuasa 1 September 2016.

Setiausaha Agung Nufam, Mohd Akram Osman mendakwa, dalam satu emel kepada kesatuan itu beberapa bulan lalu, Mavcom memberitahu akan memantau Eaglexpress dari segi aduan mengenai pembayaran gaji pekerja dan masalah kewangan syarikat.

“Tidakkah mereka selidik dahulu sebelum (Eaglexpress) menyelesaikan masalah berhubung isu kewangan syarikat. Bukankah ini antara keperluan  sebelum Mavcom memberi kelulusan kepada mana-mana syarikat penerbangan.

“Macam mana pengeluaran ASP diluluskan sedangkan masalah gaji pekerja pun tidak selesai lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi merujuk masalah tunggakan gaji dan elaun Eaglexpress termasuk isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) masih berlarutan sehingga kini.

Selain ASP yang dikeluarkan Mavcom, Sijil Operator Udara (AOC) milik Eaglexpress turut diperbaharui Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada minggu lalu. 

Mohd Akram berkata, pengeluaran lesen kepada syarikat yang tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan merupakan isu yang serius.

“Mavcom dan DCA harus mengambil perhatian kepada masalah syarikat penerbangan ini dan jangan senang-senang memberikan lesen tanpa membuat penyelidikan. Kalau esok gulung tikar macam Rayani Air, siapa nak bertanggungjawab?” katanya.

Memetik kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi sebelum ini, Mohd Akram berkata, syarat lesen perlu diperketatkan dengan meneliti pelbagai aspek termasuk kemampuan syarikat penerbangan dari segi kewangan.

“Pekerja sudah banyak kali membuat aduan dan isu ini masih tidak ada penyelesaian. Sampai bila pekerja hendak tunggu gaji dan caruman Perkeso mereka,” katanya sambil menambah bahawa kesatuan itu telah melaporkan perkara tersebut kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk tindakan lanjut.

Mengenai Rayani Air, DCA pada Jun lalu membatalkan AOC milik syarikat penerbangan itu, selepas melakukan siasatan penuh ke atas pentadbiran dan audit keselamatan operasi syarikat berkenaan.

Mavcom turut membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air selepas mendapati syarikat itu melanggar syarat yang ditetapkan ASL, serta mempunyai kedudukan kewangan yang lemah untuk terus beroperasi.

Tags / Kata Kunci: Mavcom , Nufam , MTUC , Eaglexpress , DCA , AOC , ASP

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan