TMJ Cadang Sekolah 'Bangsa Johor' Galak Perpaduan

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 9:33 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan sama ada sekolah vernakular di negara ini menggalakkan perpaduan dan menyuarakan visinya mengenai sekolah "Bangsa Johor" pada masa akan datang.

"Saya harap pada masa akan datang.... Kerajaan negeri Johor akan memberi modul pelajaran kepada anak-anak Johor," kata Tunku Ismail dalam rakaman sesi dialog yang dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad.

"Pada masa akan datang, tak akan ada lagi sekolah Melayu, India dan Cina di Johor... tetapi akan ada sekolah Bangsa Johor.

"Dari kecil, awak sudah patut diajar macam mana untuk bersatu, menghormati agama antara satu sama lain, menghormati bangsa lain," katanya.

Beliau kemudian mempersoalkan sama ada sekolah-sekolah vernakular menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

"Mana 1Malaysia? Awak ada sekolah India, awak ada sekolah Cina, awak ada sekolah Melayu.

"Dari kecil, awak dah ajar dia jangan bersatu.

"Lepas itu, dah besar... awak suruh dia bersatu?" katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan