Ahmad Zahid Gesa Parti Komponen BN Rancakkan Persediaan PRU14

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 5:30 PM

Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama para perwakilan selepas perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Subang di Kelab Golf Bukit Rahman Putra, Ahad. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar (enam, kiri) dan Ketua Bahagian, Datuk Zein Isma Ismail (empat, kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya merancakkan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata mereka perlu sentiasa turun padang dan membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama golongan miskin.

Menurutnya ini boleh dilakukan dengan membuka bilik gerakan yang berperanan memberi khidmat kepada masyarakat.

"Kita berharap usaha ini membolehkan kita merampas semula negeri seperti Selangor dan negeri lain daripada pembangkang," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Subang di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini, Ahad.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail.

Ketika berucap, Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas sebagai timbalan perside3n Umno, menunjukkan teks ucapannya yang agak panjang namun beliau terpaksa meringkaskan ucapannya kerana suaranya yang serak.

Mengenai khabar angin kononnya beliau diserang sakit jantung dan angin ahmar semalam, katanya, ia tidak benar.

"Saya memaafkan pihak yang menyebarkan khabar angin itu...saya masih masih sihat, cuma penat dan suara serak kerana merasmikan lapan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian minggu ini.

"Saya terpaksa jumpa doktor buat pemeriksaan, bukan kerana diserang sakit jantung seperti khabar angin yang menyatakan ramai mendoakan saya cepat padam (meninggal dunia)," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , PRU14 , BN , Umno

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan