Musa Mahu Dewan Bandaraya, PBT Adakan Gotong-Royong Perangi Zika

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 10:41 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar melancarkan gotong-royong besar-besaran berikutan kes virus Zika pertama yang dikesan di Sabah.

Beliau berkata PBT berkaitan perlu meningkatkan langkah untuk memastikan kawasan di bawah kuasa pentadbiran mereka, bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

Musa turut menggesa wakil rakyat dan pemimpin masyarakat untuk lebih  proaktif menjalankan kempen kesedaran mengenai penyakit berkaitan nyamuk serta menyertai aktiviti gotong-royong untuk memastikan kawasan mereka bebas daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk.

"Perkara ini (virus zika) tidak boleh dipandang ringan. Kita semua perlu memainkan peranan dan memastikan agar persekitaran kita bersih dan rumah kita tidak membiak nyamuk yang menyebarkan penyakit seperti denggi dan virus Zika, " katanya satu kenyataan pada Ahad.

Beliau juga mahu PBT untuk mengambil tindakan undang-udang terhadap mereka yang degil untuk membersihkan kawasan persekitaran, terutamanya tapak pembinaan yang sering menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Pada Sabtu, Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima laporan mengenai kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di negara ini.

Pesakit adalah seorang lelaki berumur 61 tahun berbangsa Dusun yang menetap di Taman Public Jaya, Likas, Sabah.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan pesakit berkenaan telah meninggal dunia pada 5.30 petang Sabtu akibat komplikasi masalah jantung yang dihadapinya.

Katanya, lelaki berkenaan juga mengalami komorbiditi seperti tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, karang ginjal dan gout.

Pada Khamis, kementerian itu mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun yang tinggal di Bandar Botanic, Klang, Selangor, positif jangkitan virus Zika seminggu selepas kembali dari Singapura pada 21 Ogos. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Musa Aman , virus Zika , Sabah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan