Bentuk Pasukan Pemantau Virus Zika Di Setiap Sekolah - Mahdzir

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan meminta pejabat pendidikan daerah, pengetua, guru besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah agar membentuk pasukan pemantau bagi meninjau perkembangan kesihatan dan mengambil langkah pencegahan mengawal penularan virus Zika.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pasukan pemantau itu perlu dibentuk sebagai langkah proaktif memantau kesihatan guru dan pelajar selain menjaga kebersihan sekolah bagi mencegah Virus Zika.

"Ibu bapa juga diminta untuk memantau perkembangan kesihatan anak-anak mereka.

"Jika anak-anak mengalami simptom virus Zika, bertindak segera dengan merujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Umno Bahagian Penampang di sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Bahagian Umno Penampang, Datuk John Ambrose dan ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional Penampang.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan mengikut jadual dan kementerian akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik.

Pada Khamis, Malaysia mencatatkan kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang, disahkan positif dijangkiti virus itu, selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes virus Zika tempatan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 61 tahun berbangsa Dusun dari Likas, Sabah.

Bagaimanapun, lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat komplikasi masalah jantung yang dihadapinya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Zika , Mahdzir Khalid , PIBG

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan