Mavcom Digesa Selesai Perbezaan Cukai Lapangan Terbang KLIA, KLIA2

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) digesa segera meleraikan perbezaan ketara caj perkhidmatan penumpang (PSC) antara Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2), sejajar amalan penerbangan antarabangsa.

Ketika membuat gesaan itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, berkata isu PSC atau lebih dikenali cukai lapangan terbang itu wajar diselesaikan seawal mungkin bagi mengelaknya menjejaskan sektor penerbangan negara jika tidak ditangani segera.

Bayaran PSC ditetapkan pada RM32 dan RM6 masing-masing untuk penumpang antarabangsa dan domestik yang menggunakan KLIA2 manakala penumpang di KLIA sebaliknya perlu membayar lebih iaitu RM65 and RM9 bagi penerbangan antarabangsa dan domestik.

"Sebagaimana dibangkitkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA)baru-baru ini, perbezaan ketara PSC itu tidak selaras dengan prinsip Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)," katanya.

Beliau mengulas bantahan disuarakan IATA dan Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA) yang menyifatkan perbezaan ketara caj itu sebagai tidak munasabah kerana kemudahan dan perkhidmatan di kedua-dua terminal itu setanding dan turut berkongsi landasan sama.

IATA dan AAPA turut menulis kepada pihak Kementerian Pengangkutan dan Mavcom mengenai keperluan memperkenalkan kadar PSC yang seragam di KLIA dan KLIA2 berikutan kemudahan dan perkhidmatan yang sama taraf dan aspek penetapan harga perkhidmatan itu harus berkaitan kos dan tidak bersifat diskriminasi.

Ahmad Fauzi yang sememangnya mengikuti rapat perkembangan industri penerbangan, turut membangkitkan peranan Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk dilantik menganggotai Majlis ICAO dan sewajarnya amat penting untuk negara ini mengangkat prinsip-prinsip ICAO.

"Sehubungan itu, amat penting bagi kita menyeragamkan PSC supaya ianya tidak bercanggah dengan prinsip yang ditetapkan pertubuhan ini," tegasnya.

ICAO yang berpejabat di Montreal, adalah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta berperanan sebagai forum global penerbangan awam antarabangsa yang menetapkan peraturan dan kawal selia bagi keselamatan penerbangan, kecekapan serta perlindungan persekitaran bidang berkenaan.

Hanya Malaysia dan Singapura mewakili Asia Tenggara sebagai anggota majlis ICAO ketika ini.

Bagaimanapun Ahmad Fauzi yang juga Pengerusi Technology Park Malaysia, menegaskan sebarang kenaikan caj berkenaan perlu mengambil kira keutamaan pihak berkepentingan dan tidak membebankan penumpang yang juga pengguna utama di KLIA2.

"Apa yang perlu dilakukan adalah menyeragamkan cukai lapangan terbang dan mana-mana syarikat penerbangan yang menggunakan KLIA juga tertakluk kepada kadar sama. Ia bukan untuk syarikat penerbangan itu semata-mata, tetapi pengguna lapangan terbang berkenaan," katanya.

Beliau mengingkatkan, sebarang keputusan kenaikan PSC tidak harus dilihat mewakili keputusan peringkat domestik sebaliknya atas dasar ketetapan konvensyen antarabangsa yang perlu dipatuhi Malaysia berdasarkan tanggungjawab antarabangsa.

"Saya difahamkan, cukai lapangan terbang di kedua-dua terminal adalah rendah berbanding lapangan terbang utama Asia yang lain," katanya.

Pada Mei lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementerian itu belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) membabitkan PSC manakala Mavcom kini melakukan penilaian bebas berhubung isu itu dan dijangka mengumumkan hasilnya tidak lama lagi.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Sabah Tourism Board Normegawati Sapian, berkata caj PSC di KLIA mahupun KLIA2 sewajarnya diseragamkan.

"Perbezaan caj itu tidak harus wujud kerana persamaan kemudahan yang disediakan di kedua-dua lapangan terbang itu," katanya ketika ditemui di acara Matta Fair 2016 anjuran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta).

Presiden Matta Datuk Hamzah Rahmat pula berpendapat caj PSC itu bukan sahaja perlu murah, malah wajar dimansuhkan bagi melonjakkan sektor pelancongan domestik dan penerbangan ke dalam negara. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: MAVCOM , KLIA , KLIA2 , MATTA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan