Lagi Banyak Kes Zika Mungkin Dikesan - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lagi banyak kes terbaharu virus Zika akan terus dikesan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam.

"Pengesahan kes kedua virus Zika di Kota Kinabalu menunjukkan bahawa virus itu sudah ada dalam kalangan komuniti kita.

"Pesakit ini tidak pernah pergi ke mana-mana negara lain yang mempunyai bilangan kes tertinggi seperti dilaporkan.

"Ini bermakna pesakit itu dijangkiti virus tersebut di dalam negara," kata Dr Subramaniam menerusi kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 61 tahun berbangsa Dusun yang menetap di Taman Public Jaya, Likas dan disahkan positif virus Zika meninggal dunia pada disebabkan komplikasi jantung.

Dr Subramaniam berkata kementeriannya masih tidak pasti dari mana datangnya virus itu.

Beliau berkata terdapat kemungkinan terhadap individu lain yang dijangkiti dalam komunititi yang juga berpotensi sebagai pembawa jangkitan tersebut.

"Kami dalam proses untuk mengesan pergerakan pesakit terbaharu ini sejak beberapa minggu lalu. Kami akan meningkatkan kawalan aktiviti di kawasan tersebut," katanya.

Dr Subramanian berkata Kementerian Kesihatan berpendapat kematian pesakit bukan berpunca daripada virus Zika.

Katanya, ini kerana pesakit mempunyai masalah kesihatan sedia ada termasuk penyakit jantung dan buah pinggang kronik yang mengancam nyawa.



Tags / Kata Kunci: virus Zika , Kementerian Kesihatan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan