Google Peringati Jasa Heroin Tidak Didendang

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 9:48 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gambar ilustrasi seorang wanita yang lengkap berpakaian seragam jururawat berdiri di depan sebuah rumah kedai lama menghiasi laman enjin pencarian terkenal Google pada Sabtu.

Ikon yang dipaparkan Google Doodle itu sebenarnya ialah Sybil Kathigasu, satu-satunya wanita di Tanah Melayu yang pernah dianugerahkan Pingat George oleh kerajaan British ketika era penjajahan.

Untuk pengetahuan umum, Sybil semasa hidupnya diseksa teruk ketika zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Menurut Google, pemilihan ikon itu dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-117 kelahiran Sybil.

Sybil merupakan pejuang yang menyelamatkan ramai nyawa khususnya beratus-ratus kaum Cina semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Beliau dan suaminya Dr Abdon Clement Kathigasu sama-sama membantu membekalkan ubat-ubatan dan rawatan, serta berkongsi maklumat kepada tentera Berikat di sekitar daerah Papan, Perak.

Bagaimanapun, pertolongan yang dihulurkan Sybil diketahui tentera Jepun hingga menyebabkan beliau ditangkap.

Sybil Kathigasu.

Semasa disoal siasat, Sybil teruk diseksa namun beliau langsung tidak mendedahkan identiti kumpulan yang dibantunya.

Beliau akhirnya dipenjarakan di penjara Batu Gajah, sehinggalah Tanah Melayu bebas daripada pendudukan Jepun pada tahun 1945.

Sybil kemudiannya dihantar ke Britain untuk mendapatkan rawatan susulan.

Namun beliau meninggal dunia pada usia 49 tahun akibat kecederaan luka lama pada rahang yang ditanggungnya.

Kisah hidup Sybil telah diabadikan dalam siri drama 'Suatu Ketika: Sybil ... Apa Dosaku?' berdasarkan memoir, No Dram Of Mercy yang terbit pada 1954.

Cucu saudaranya, pelakon dan bekas Miss Universe Malaysia 2003, Elaine Daly berkata memuji tindakan Google yang ternyata membuka ramai mata pihak mengenai seorang wanita yang melakukan banyak pengorbanan.

Malah, Elaine turut memegang watak sebagai Sybil dalam drama dokumentari 10 siri yang ditayangkan melalui Astro Citra pada Mei 2010.

Menurut Elaine, bapanya mengenali Sybil dan menceritakan banyak perkara mengenai beliau.

"Beliau seorang yang kuat, berdisiplin dan berjiwa besar," kata Elaine.

Ikon Google Doodle ini akan berubah dari masa ke masa mengikut kesesuaian peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

Tags / Kata Kunci: Sybil Kathigasu , jururawat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan