Bajet 2017: Fokus Projek Rakyat Manfaat Golongan B40

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 6:37 PM

(Ubah saiz teks)

ARAU: Kerajaan akan memberi fokus kepada lebih banyak program-program rakyat yang memberi manfaat kepada golongan sasar terutama kumpulanberpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet 2017.

Berikutan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengunjungi empat negeri untuk meninjau kehidupan rakyat kurang bernasib baik dan menilai program sedia bagi merancang program rakyat berkenaan.

Beliau berkata lawatan kementerian ke Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis bermula minggu lepas bertujuan menaksir langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan taraf hidup golongan keluarga berpendapatan rendah yang meliputi aspek penempatan perumahan, pekerjaan dan kemahiran.

"Kerajaan juga akan melihat jika terdapat tanah kerajaan yang boleh diusahakan untuk projek perumahan bagi kumpulan B40 yang tidak memiliki kawasan atau tanah di negeri-negeri berkenaan.

"Minggu lepas di Kelantan dan Terengganu, saya melihat keadaan kehidupan di beberapa kawasan yang kebanyakannya merupakan nelayan dan pekebun. Dari situ, kerajaan boleh merancang peningkatan untuk membantu mereka," katanya di sini, Ahad.

Beliau ditemui di rumah Saad Mat, 81, yang merupakan peserta projek perintis Suria Ku di kawasan Pauh di sini.

Mohd Irwan Serigar berkata kerajaan turut menilai setiap program pelbagai agensi di negeri-negeri itu bagi mengenal pasti sama ada ia dapat membantu  orang ramai atau gagal mencapai matlamatnya.

"Jika program itu terbukti berjaya seperti projek Suria Ku oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Perlis, maka program itu akan diperkenal kepada negeri-negeri lain.

"Bagi projek-projek yang gagal, kami akan mengkaji semula kelemahannya dan mengusahakan untuk ditambah baik," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan NCIA (Bahagian Pembuatan) Mohd Nazmi Harun berkata rancangan memasang 100 unit panel suria di negeri-negeri utara di bawah projek SuriaKu akan menjana pendapatan peserta di antara RM400 dan RM700 setiap bulan.

Projek berkenaan, yang bergantung kepada keadaan cuaca, akan diperluas ke Kedah, Perak dan Pulau Pinang sebaik sahaja ia disiapkan di Perlis.

"Sebanyak 21 isi rumah di Pauh telah mendapat manfaat menerusi projek perintis itu di mana panel suria membantu mereka menjana elektrik yang kemudian boleh dijual kepada syarikat-syarikat berkaitan," katanya. 

Menurutnya projek terdahulu menelan kos kira-kira RM2 juta dan sebanyak RM5 juta diperuntuk bagi pemasangan 80 lagi panel suria pada 17 Disember ini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: B40 , Bajet 2017

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan