Pesakit Zika Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki dari  Sabah yang positif jangkitan Zika meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada Sabtu petang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan lelaki berusia 61 tahun berbangsa Dusun yang menetap di Taman Public Jaya, Likas meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung, bukannya berpunca daripada virus.

"Dia dijadualkan akan menjalani pembedahan jantung bulan depan. Kematiannya bukan disebabkan Zika," ujar Dr Noor Hisham ringkas menerusi Aplikasi WhatsApp lewat petang Sabtu.

Jelasnya, Zika hanya menyebabkan 'gejala dan tanda-tanda ringan, bukannya kematian'.

Kementerian pada Jumaat dan dipercayai ia merupakan jangkitan Zika tempatan pertama di negara ini.

"Ia mendapati bahawa virus Zika ini kemungkinan besar dari sumber jangkitan tempatan kerana pesakit tidak mempunyai rekod perjalanan ke luar negara dalam masa terdekat ini dan mungkin digigit oleh nyamuk Aedes yang dijangkiti Zika," kata Dr Noor Hisham.

Pesakit mengalami demam pada 27 Ogos dan mendapatkan rawatan perubatan untuk kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang pada 30 Ogos lalu.

Pada hari berikutnya, lelaki itu mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth 2 apabila demamnya semakin teruk, sakit otot dan cirit-birit.

Ujian darah dan air kencing pesakit mendapati positif Zika, namun keadaan kesihatannya semakin serius mungkin berpunca daripada penyakit yang sedia dan tidak disebabkan virus Zika pada awalnya.

Tags / Kata Kunci: Pesakit Zika , Jantung , Sabah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan