1MDB: KPN Nafi Mohon Bantuan Perundangan Bersama Dengan Amerika

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 8:18 AM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon Bantuan Perundangan Bersama (MLA) Amerika Syarikat untuk menemubual saksi-saksi di luar negara berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khalid menegaskan bahawa beberapa laporan yang disiarkan oleh media pada Jumaat adalah tidak tepat.

"Ini tidak benar dan saya tidak pernah menyatakan seperti itu...awal hari ini saya hanya menjelaskan proses jika siasatan hendak dijalankan di luar Malaysia.

"Sekiranya kita memohon untuk mengambil keterangan daripada saksi di luar negara, PDRM akan mengikuti protokal antarabangsa yang diperlukan dan memohon MLA di bawah bimbingan Jabatan Peguam Negara," kata beliau dalam satu kenyataan, Jumaat.

Khalid berkata PDRM berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai berhubung siasatan ke atas 1MDB dan berharap siasatan akan selesai dengan secepat mungkin.

Ketika siasatan berjalan, semua pihak harus mengelak daripada menyiarkan apa-apa laporan yang boleh menimbulkan prejudis, kata beliau.

"Kegagaglan berbuat demikian akan menyebabkan PDRM mengambil tindakan selaras dengan undang-undang," kata beliau.

Khalid berkata fasa pertama siasatan ke atas 1MDB oleh PDRM telah selesai iaitu berdasarkan laporan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan dibincangkan.

"Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan dan memohon siasatan selanjutnya yang akan dilaksanakan oleh PDRM," kata beliau.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan