Kenderaan Keluar-Masuk Singapura Perlu Disembur Aerosol Bunuh Nyamuk

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 2:08 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Johor bakal melaksanakan beberapa tindakan bagi menghadapi penularan jangkitan virus Zika termasuk mengeluarkan arahan agar orang ramai membuat semburan aerosol racun pembunuh nyamuk di dalam kenderaan masing-masing setiap kali keluar masuk Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata langkah itu diambil memandangkan peningkatan mendadak jangkitan virus tersebut di republik berkenaan, terutama Johor sering menjadi tumpuan kemasukan rakyat Singapura.

"Kenderaan dimaksudkan termasuk lori, bas awam, bas sekolah, kereta persendirian dan juga kereta api. Ini memastikan tidak ada nyamuk bervirus dibawa bersama dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Ayub berkata pihak berkuasa tempatan dan pegawai-pegawai daerah juga diarah memfokuskan pembersihan di kawasan-kawasan sering dikunjungi warga Singapura termasuk tempat makan terbuka atau restoran, tempat-tempat rekreasi dan hiburan terbuka, pasar tani serta pasar borong.

Beliau berkata aktiviti pembersihan itu akan diketuai Setiausaha Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan hendaklah melibatkan agensi kerajaan, bukan kerajaan atau separuh kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Kawasan Rukun Tetangga, SWCorp, Rotary dan pasukan sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI).

Katanya Jabatan Kesihatan negeri juga diminta agar melaksanakan secara intensif operasi penguatkuasaan premis individu dan tapak bina di semua kawasan berdekatan pintu masuk dan taman-taman perumahan yang bilangan penduduk bekerja di Singapura adalah tinggi, dalam tempoh terdekat sehingga wabak Zika di Singapura terkawal.

"Kerajaan negeri akan memantau semua pelaksanaan pelan tindakan ini dan mesyuarat khas akan bersidang semula pada 29 Sept untuk menilai keberkesanan strategi-strategi yang disenaraikan," katanya.

Ayub berkata pihaknya mengambil serius kejadian jangkitan virus Zika dalam kalangan warga Singapura memandangkan jumlah kunjungan penduduk negara berkenaan ke Johor, dan juga jumlah penduduk negeri ini bekerja di Singapura adalah sangat tinggi, antara 200,000 dan 300,000 orang sehari.

Katanya berdasarkan perangkaan itu, masyarakat Johor sangat terdedah kepada jangkitan virus berkenaan sekiranya langkah-langkah drastik tidak diambil bagi memusnahkan sebanyak mungkin vektor pembawa virus iaitu nyamuk Aedes.


Beliau berkata langkah-langkah drastik boleh dilaksanakan dengan melakukan pembersihan secara intensif dan berleluasa dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang supaya Indeks Aedes dapat dikekalkan pada paras paling rendah di bawah satu peratus.
Tags / Kata Kunci: virus Zika , aerosol , Datuk Ayub Rahmat

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan