"Isu Rasuah Bukan Untuk Alih Perhatian" - Presiden Gerakan

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 9:32 AM

Datuk Seri Mah Siew Keong

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong menolak dakwaan DAP yang menyatakan siasatan kes rasuah ke atas bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP di Pulau Pinang, adalah mainan politik parti berkenaan.

Beliau berkata DAP mendakwa isu itu sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian mengenai masalah Gerakan yang dikatakan mengalami kemelut dalaman dalam memilih calon di Sungai Pinang.

Mah menjelaskan tindakan Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video rakaman perbincangan mengenai pembayaran bagi mendapatkan rumah kerajaan negeri itu adalah untuk memaparkan permasalahan yang dihadapi rakyat negeri itu.

"Rakyat mengemukakan rungutan berkenaan hal bayaran yang perlu diberikan sekiranya ingin mendapatkan rumah mampu milik...ini tiada kaitan dengan Gerakan untuk mempolitikkan isu ini," katanya.

Mah yang ditemui media selepas menghadiri mesyuarat dua hala bersama dengan Menteri Perindustrian Utama Sri Lanka Daya Gamage di kementeriannya di sini pada Jumaat, berkata satu perjumpaan tertutup bersama semua pemimpin Gerakan Pulau Pinang akan diadakan Ahad ini, bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat, mengambil keterangan daripada seorang Adun di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes rasuah bapanya bagi mendapatkan rumah mampu milik di negeri itu.

Bapa Adun berusia 68 tahun itu, direman tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan rasuah tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan