Sultan Selangor Selamat Diijabkabul Dengan Personaliti Televisyen

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Norashikin Abdul Rahman yang juga personaliti RTM di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada Rabu lalu.

Setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pernikahan baginda disempurnakan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam satu majlis secara sederhana dan ringkas.

Majlis Pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir; bekas timbalan mufti negeri, Mohd Rasid Mahful dan ahli majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah bapa dan ahli keluarga pengantin perempuan.

Norashikin, 45, bekas pramugari Malaysia Airlines pernah berkahwin dengan Mustapha Kamal Halim, seorang juruterbang Etihad Airlines.

Mereka dikurniakan dua anak, Nur Amanda, 17 dan Adam Salleh, 14.

Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan Sultan Selangor kesembilan yang memerintah negeri Selangor sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Pada tahun 1968, baginda berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal dan dikurniakan dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Setelah berpisah pada 1986, baginda berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat, Nur Lisa Idris Abdullah pada tahun 1988 (berpisah pada 1997) dan mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah hasil perkahwinan tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan