Teliti Kandungan, Ketulenan Pemacu Pena Sebelum Tindakan Lanjut - SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 7:41 PM

Khairy menunjukkan pemacu pena sebelum menyerahkannya kepada SPRM pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti isi kandungan pemacu pena yang diserahkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini sebelum memutuskan tindakan seterusnya, kata Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki.

Beliau berkata selain kandungan, ketulenan pemacu pena itu juga perlu diambil kira dan diteliti dalam menentukan siasatan lanjut ke atas isilaporan yang diserahkan.

Katanya ketulenan pemacu pena itu perlu dilihat dan diambil kira kerana ia juga adalah suatu dokumen sepertimana tafsiran di bawah Akta Keterangan 1950.

"Sekiranya kita mendapati terdapat kes rasuah dan salah guna kuasa dilakukan oleh mana-mana pihak, barulah siasatan akan dijalankan," katanya pada Jumaat.

Beliau memberikan reaksi susulan tindakan Khairy menyerahkan pemacu pena berserta senaskah salinan kandungan laporan setebal 279 muka surat kepada badan antirasuah itu pada Jumaat.

Khairy semasa menyerahkan laporan itu antara lain meminta SPRM menjalankan kajian dan semakan secara terperinci sama ada kandungan pemacu pena itu telah disunting atau sebaliknya.

Pemacu pena yang diserahkan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Khairy pada 26 Ogos lepas itu mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi laporan penyelewengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). -Bernama

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan