Banyak Perkara Berlaku Di Luar Kawalan Saya - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berikrar akan terus istiqamah dan ikhlas meneruskan perjuangan untuk memajukan agama dan negara.

Perdana menteri berkata pengalaman selama lebih 40 tahun berkecimpung dalam dunia politik dan kerajaan telah sedikit sebanyak mengajar beliau tentang hal ehwal pentadbiran.

Bagaimanapun, katanya, beliau juga berdepan pelbagai situasi getir, masalah dan kejadian-kejadian lain yang berlaku di luar kawalannya.

"Ramai orang berpandangan bahawa seorang perdana menteri itu berkuasa dan berpengetahuan atas segala perkara dalam negara ini.

"Hakikatnya, tidak. Kita perlu sedar bahawa banyak perkara berlaku memang di luar kawalan seorang perdana menteri, malah saya hanyalah seorang hamba Allah yang mempunyai kelemahan dan juga ilmu yang masih perlu saya pelajari," katanya dalam rakaman audio ucapan perdana menteri mengenai pengalaman dalam politik dan kerajaan yang dimuat naik di laman blog www.najibrazak.com pada Jumaat.

Najib berkata beliau juga menerima banyak tohmahan daripada pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadi dan menggunakan isu tertentu untuk mengaburi mata rakyat bagi meraih sokongan.

"... tetapi inilah asam garam politik. Walau bagaimanapun, saya tetap istiqamah, ikhlas meneruskan perjuangan untuk memajukan agama dan negara.

"Saya tidak ada niat lain daripada matlamat tersebut dalam perjuangan saya," katanya.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan rasa syukur kerana disertai anggota Jemaah Menteri yang mampu menjalankan tugas dengan baik, dan membolehkan rakyat menjalani hidup harmoni.

"Pengalaman 40 tahun saya inilah yang membolehkan saya masih teguh berdiri bagi berkhidmat untuk negara dan menempuhi segala cabaran yang mendatang," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , istiqamah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan