KJ Mahu Dedah Kandungan Pendrive

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 12:43 PM

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menunjukkan pemacu pena atau 'pendrive' kontroversi yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat berhubung ketirisan dan salah laku Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PUTRAJAYA: Kandungan dalam pemacu pena (pendrive) yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim kepada Khairy Jamaluddin mungkin akan didedahkan kepada umum.

Khairy yang merupakan Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk berbuat demikian tetapi dinasihatkan oleh agensi tersebut supaya menunggu sehingga siasatan selesai.

"Saya cadangkan kepada SPRM kerana kes ini melibatkan kepentingan umum, sebab ada banyak andaian telah dibuat. Saya cadang selepas selesai siasat saya nak letakkan kandungan ini untuk tatapan umum.

"SPRM minta saya beri masa kepada mereka untuk siasat kandungan itu. Selepas itu baru boleh saya dedahkan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan pemacu pena tersebut di Ibu Pejabat SPRM di sini, Jumaat.

Khairy tiba pada pukul 11.15 pagi dan menyerahkan pendrive tersebut kepada Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki. Beliau keluar dari bangunan SPRM kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Khairy berkata, beliau telah mengambil masa selama seminggu untuk membaca kandungan di dalam pendrive merangkumi 279 helaian dan kini menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan sama ada memang benar kandungan pendrive itu terdapat unsur rasuah atau ketirisan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti yang didakwa.

Khairy berkata, ia adalah pendrive sama yang diterima daripada Tunku Ismail dan kandungannya tidak diusik.

“Itu (unsur rasuah) saya serah kepada SPRM untuk siasat dan keluarkan kenyataan.

“Sebelum ini saya dah bagi bayangan (kandungan). Sebab laporan sudah ada di tangan SPRM saya serah kepada mereka untuk buat keputusan dan beri pandangan,” katanya.

Ditanya sama ada kandungan tersebut menunjukkan FAM dan bola sepak negara berada dalam keadaan kritikal, Khairy menjawab: “Kena tunggu siasatan SPRM. Kalau SPRM setuju saya akan dedahkan (kandungan pendrive).

Jumaat lalu, Tunku Ismail menyerahkan pemacu pena kepada Khairy ketika menerima kunjungan menteri tersebut di Istana Bukit Pelangi, Johor.

Pemacu pena itu didakwa mengenai bukti rasuah dalam FAM.


Tags / Kata Kunci: SPRM , FAM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan