Chong Wei Terima Kondo RM1.5 Juta Sebagai Ganjaran

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima sebuah kondominium bernilai RM1.5 juta sebagai ganjaran di atas pencapaian beliau memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro.

Chong Wei menerima replika kunci unit kediaman mewah itu dari Pengarah Urusan Orando Holdings Sdn Bhd, Datuk Eng Wei Chun dalam satu majlis yang diadakan pada Jumaat.

Unit kediaman yang berkeluasan 1,100 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur itu merupakan kondominium eksklusif Laville yang dirancang di Taman Maluri, dengan lokasinya menghadap Kuala Lumpur City Centre dan dilengkapi perabot.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyaksikan majlis itu memuji Chong Wei kerana menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum melalui persembahan cemerlangnya di Brazil.

Turut hadir Penasihat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Heng Seai Kie dan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Star Media Group Bhd, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , kondominium mewah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan