Pendedahan Kandungan Pendrive: FAM Akan Tunggu Dan Lihat

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat pendedahan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkaitan isi kandungan pemacu pena yang didakwa mengandungi maklumat penyelewengan membabitkan badan induk bola sepak negara itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM menyerahkan isu tersebut untuk diteliti secara mendalam oleh Kementerian Belia dan Sukan dan pihak berkuasa yang berkaitan.

"Khairy telah terangkan apa yang sepatutnya. Kita tunggu dan lihat. Saya tak boleh komen lebih. Saya telah keluarkan kenyataan tentang pendirian FAM sebelum ini.

"Saya rasa di pihak FAM mudah, mana-mana bukti atau pegawai terlibat dalam perkara tak elok, pihak berkuasa boleh ambil tindakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis dah tentunya," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas sidang media perlawanan amal Hari Malaysia antara Harimau Malaysia dan Dugong All- Star di Wisma FAM di sini Khamis.

Ketika ditanya sama ada terdapat orang dalam yang membocorkan maklumat dalaman FAM, Hamidin berkata FAM masih menyiasat perkara itu.

"Setakat ini kita tak tahu siapa yang sampaikan maklumat itu. Kita biarkan perkara itu disahkan dulu oleh Khairy," katanya.

Jelas Hamidin, menerusi perbincangan dengan barisan Exco FAM sebentar tadi, tindakan tegas akan diambil terhadap 'orang dalam' badan induk bola sepak negara itu yang dipercayai membocorkan maklumat tersebut.

"Ada kemungkinan (siasat). Saya tengah melihat perkara itu, saya perlu dapatkan apa sebenar dalam pemacu pena itu kalau ada pegawai yang membocorkan rahsia ini sudah tentu tindakan tegas akan diambil.

"Saya telah bincang dengan pihak Exco (FAM) dan kita akan lihat perkembangan selanjutnya selepas ini," katanya.

Terdahulu, Khairy berkata beliau akan membuat satu pengumuman bagi menjelaskan isu kandungan pemacu pena yang berkaitan skandal FAM pada Jumaat ini.

Katanya lagi, beliau akan menyerahkan isi kandungan pemacu pena kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika bukti penyelewangan ditemui.

"Dokumen itu mengandungi soal isu teknikal bola sepak, dan bukan dokuman bukti rasuah sahaja.

"Saya masih mencari bukti berlakunya penyelewangan dalam dokumen itu kerana mahu memastikan isi kandungan yang diserahkan kepada SPRM adalah relevan," kata Khairy.

Tags / Kata Kunci: FAM , Pendrive , KBS , Johor

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan