Tumpahan Bahan Kimia Berlaku Lagi Di Sekolah Menengah Islam IQ

Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 8:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tumpahan bahan kimia berlaku lagi di Sekolah Menengah Islam IQ Kuala Lumpur dan kali ini melibatkan asid nitrik dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Khamis.

Asid nitrik boleh menyebabkan mereka yang menghidunya mengalami sesak nafas, pedih mata, sakit dada dan boleh menyebabkan kematian serta merta sekiranya tumpahan dalam kuantiti yang besar. 

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, beberapa guru dan petugas sebuah syarikat swasta yang melakukan kerja-kerja pelupusan diarah mengosongkan bangunan makmal berkenaan apabila sebuah balang 2.5 liter yang mengandungi bahan kimia itu retak dan pecah.

Katanya sebaik tiba, pasukan yang memeriksa makmal berkenaan mendapati satu daripada 12 balang mengalami keretakan dan pecah ketika kerja-kerja pelupusan bahan kimia terbabit dilakukan mengikut jadual berkala.

"Anggota kita telah menabur pasir dan serbuk soda ke atas bahan kimia yang tumpah dan berjaya meneutralkan keseluruhan kepekatan asid berkenaan. Operasi melibatkan 14 anggota dan pegawai tamat sepenuhnya kira-kira 4.30 petang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Pada 8 Ogos lepas, kejadian tumpahan bahan kimia turut berlaku di makmal sekolah berkenaan apabila asid sulfurik bromine pecah ketika sesi pembelajaran.

Sebanyak 17 pelajar lelaki dan lima pelajar wanita dikesan mengalami alahan pada kulit berikutan kejadian itu. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan